Sunday, October 16, 2011

Perfectionist Syndrom

Salam kembali selepas beberapa bulan tidak menulis blog. Agaknya mmg betul apa yg ditulis oleh salah sorg kawan saya Sapik, bila baca kawan2 lain punya blog, terasa juga ingin menulis juga. Jadi, saya pastikan kali ni mmg betul-betul ringkas.

Esok hari bermulalah episod saya menjadi seorang pelajar universiti semula selepas setahun tidak menjadi pelajar. Esok adalah hari pertama permulaan semester bagi program Ijazah saya. Jadi dengan tidak sengaja, diri menjadi nervous dan resah seperti cuak untuk bermula semula. Saya pun menelefon emak di rumah dan menceritakan hal ini kepada emak ku. Lalu emak ku terus menjawab, "Eh, kenapa nak takut2 pulak masuk universiti? Awak tu bukannya pertama kali masuk universiti, bukannya matrik atau kolej. Dah sambung master dah.." Terlantas difikiran ku bahawa apa yang dikatakan emak ku adalah sangat tepat. Kenapa perlu risau? Saya bukannya pelajar tahun pertama matrikulasi atau foundation, dah master kot..

Fikir punya fikir, rupa-rupanya perasaan risau itu sebenarnya adalah berpunca kerana sikap perfectionist muncul dalam diri. Sebenarnya takut untuk tidak dapat melakukan hari pertama dengan sempurna (perfect start). Sebab dalam diri selalu berkata, hari pertama adalah paling penting, baik pada permulaan insyaAllah akan berterusan hingga ke hujung. Jadi, oleh sebab sikap perfectionist ini lah yang menyebabkan saya berasa sungguh risau dan takut.

Saya tidak memandang sikap perfectionist ini adalah tidak baik, cuma perlulah ia tidak berlebih-lebihan. Dengan sikap ini, membuatkan saya untuk bersedia untuk bermulanya sesi pelajaran saya semula, contohnya dengan menyiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Dan selalu meletakkan didalam fikiran bahawa jika perancangan tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang, TIDAK MENGAPA kerana paling kurang saya telah MERANCANG dan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik. Dan keputusan semua terletak ditangan Allah. Jadi, dengan cara ini, tidaklah saya berasa sedih atau down jika apa yang saya harapakan tidak diperoleh.

Jadi, itu sahaja. Saya rasa saya sudah sedia untuk hari esok. Apa yang perlu buat hanyalah bersabar dan menanti apa yang akan berlaku sebenarnya pada hari esok. Nantikan... Pray me for the best, and wish me luck! Sehingga ke post seterusnya. Wassalam... ^_^

Tuesday, May 3, 2011

Post ditujukan khas untuk sahabatku Sapik!






Sila layari laman blog beliau di http://syafiqxosman.blogspot.com

Penghijrahan

Assalamualaikum,

Kembali saya di blog ini sebagai tanda penghijrahan dari friendster blog ke blogspot. Saya sebenarnye terpaksa berpindah disini kerana friendster blog saya mengalami serangan daripada SPAM yg durjana sehingga mencecah 2000 komen. Ini tidak boleh jadi!

Dengan bantuan sahabat jauh saya, Mr Khairul Ariff a.k.a Neorackle, berjaya lah saya akhirnye di sini.

Ok la, xbleh tulis bnyk2 sbb saya sedang bekerja skrg ni. (Tolong jgn contohi perangai buruk saya ni. Huhu..)

Sehingga berjumpa kembali. Wassalam..