Assalamualaikum. Adakah ini post selepas keseratus hari? Xkisah la. Aku sepatutnye kene study utk TOEFL aku, tapi ape yg aku buat kat sini? Xkisah laa.. So kepada sape2 yg baru nak start baca post kali ini, diberi peringatan kerana saya sendiri xtahu berapa panjang akan saya tulis. Dan saya tulis ini semata2 utk saya sahaja. Tiada kaitan antara org lain.
So, I just discover the love equation in me. Perkataan love ini tidak terhad antara lelaki dan perempuan, ia meliputi segala rasa kasih dan sayang, tidak kira kepada sesama manusia, binatang, mahupun Tuhan ku Yg Maha Esa, Allah. Baru ku sedar bahawa, rupa2nya perasaan ini timbul ketika aku dalam mode relax, tenang, tanpa sebarang stress..
Ianya mula dirasakan baru2 ini, ketika saya pulang ke kampung semula setelah balik UTP awal hampir sebulan. Apabila berada dirumah, perasaan yg sgt tenang tanpa sebarang stress timbul. Aku bangun pagi, tenang.. Makan, kemudian exercise skit, pastu dgr music, pastu kalo rasa nk tgk TV atau muvi, pegi je depan TV.. Ketika ini lah, timbullah segala rasa cinta dan kasih ku. Mula2, tetiba aku terasa sayang sgt kat kucing. (Actually, aku mmg suka kucing dari dulu.) Then adik aku terjumpe seekor kucing jalanan. Aku dgn xpikir panjang, terus jaga dia, bg dia mkn, mandikan dia, dan aku belai dia giler2, terasa cam aku belai perempuan. Huhu..
Pastu tgh dgr lagu, berangan skit, tetiba terfikir plak pasal awek. Huhu.. Sudah jelas objektif aku dgn pasangan perempuan, adalah semata2 untuk menjadikan ia sebagai isteri aku. Oleh itu, kalo nk dipikirkan jadik isteri, aku rasa lama lagi untuk aku kahwin. Ade kebarangkalian yg aku akan kahwin lambat lagi. Jadi, kalo aku cari awek skrg, agak pnjg tempohnya untuk aku kekalkan hubungan tersebut sehingga la tiba masa kahwin. So, persoalannya skrg, rasionalkah untuk aku cari siap2 skrg ni? Ok, let say aku dah jumpa, perlukah aku gi bgtau kat dia skrg? Kesian plak dia nak tunggu lama nnt.. Aku aware yg diri aku ni masih belum cukup matang untuk buat decision yg betul. Aku nak ambik pengajaran daripada kawan2 aku yg dh kahwin awal, tapi gagal. Kesian kat diorg. Jadi sekarang ni aku masih belajar dan mencari pengalaman untuk mematangkan diri aku sebelum tiba waktu yg sesuai. (Muka pun cam budak baru abes SPM, ade hati nk pikir pasal kahwin. Huhu...) Kalo aku kahwin skrg mesti org gelak nye. Haha. Dan mungkin juga, perempuan yg suka kat aku tu nmpk aku cam budak comel, bukan seperti seorg suami. Hoho....
So, for conclusion, patut la aku xde awek kat UTP, sbb kat UTP -->
(Stress) = (No Love feeling) = (No awek la..) [1]
(Awek) = (Isteri) = (Komitmen) = (4-5 Tahun) + lama gak tu.. [2]
Tapi kalo nak ade awek -->
(Nak awek) = (kene ade love feeling) = (kene No Stress), [3]
(Muka cam budak sek lg) + (xcukup matang) = (Budget dapat je...) x (perasan lebih) [4]
Bler no stress -->
(No Stress) = (No tension nak study) = (Study kurang) = (Pointer kurang) = (Emotion jadi down) [5]
With assumption,
Cinta kpd Allah = no regard to stress/relax = everytime until last of my life [constant]
So, korg bleh paham x equation aku ni? Kene guna numerical method nak solve equation ni sbb dia ade 5 degree of freedom(DOF) dan beberapa variable ni. Aku rasa aku kene cari beberapa constant lagi untuk jadikkn DOF=0. Huhu, gler nerd aku~~ Kalo susah sgt, terpaksa la buat simulation. Haha.. Simulation model ape ek nk guna? Aku rasa model yg terbaik adalah Nabi Muhammad SAW la kn? Tu pun mahu tanya ka? huhu~~
All in all, still no solution yet. This simulation might take several year of iteration to achieve convergence, or to get a good result. But for the moment, aku akan timba pengalaman dari kawan2, org2 tua, mahupun sumber2 bacaan ilmiah. Dan aku sgt berharap agar Allah membawa aku ke jalan yg benar, lurus dan diRedhaiNya, iaitu jalan org2 dahulu yg Allah beri nikmat, dan bukan lah jalan2 org yg Allah murkai, dan bukan lah jua jalan2 org2 yg sesat.. InsyaAllah... AMINN..